Thursday, 14 August 2014

ALLAHUAKBAR! - SUNGAI EUPHRATES DI SYRIA HAMPIR SEPENUHNYA KERING MENUNJUKKAN KIAMAT SEMAKIN DEKAT

Menggemparkan apabila  Sungai Euphrates di Syria kelihatan hampir kering sepenuhnya. Lihat bukti di bawah ini gambar yang di ambil pada 24 Mei 2014 menunjukkan Sungai Euphrates yang hampir sepenuhnya kering.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman. Allahuakbar. Mari ambil ikhtibar dan buatlah persediaan wahai sahabatku . .





Mungkin ada ramai yang belum mengetahui perkara ini, apakah yang punca  Sungai Euphrates yang semakin mengering?



Punca kering dikatakan adalah kerana Turki memotong air untuk Syria

SubhanAllah ini perkara yang luar biasa sebenarnya..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas yang kita dapat lihat..

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat TIDAK AKAN TERJADI SEBELUM SUNGAI EFRAT MENJADI KERING dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis dimana Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.



credit to ayie paradigm

TERBONGKAR! KENAPA ISRAEL TIDAK SERANG MALAYSIA ?

Mengapa Israel serang Gaza? Mengapa mesti ada peperangan di sana? Mengapa tidak Malaysia?







Sedarlah kita bahawa umat Islam Malaysia sudah lama tewas dalam perang!!!
Kita tewas kepada McD, televisyen, lagu, permainan, K-Pops, rokok dan banyak lagi sebenarnya. Kita adalah kambing hitam mereka. Kita tiada apa-apa di mata mereka!!!

Tetapi, Gaza berbeza. Ia adalah cerita sangat-sangat berbeza. Mereka hidup dengan al-Quran, mereka hidup dalam kehidupan sebagaimana kehidupan para sahabat. Di mana mereka berjuang dalam peperangan yang sebenar.

Ketahuilah saudaraku!
Mereka sedang berjalan menuju ke arah syahid dan Jannah.

InsyaALLAH.



credit to ayie paradigm

Sunday, 10 August 2014

PERINGATAN INI

Ternyata Cuma 1.5 jam saja Umur Kita hidup di DUNIA ini.
Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia
Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.
Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu.
Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"
Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini.
Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan
Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya
PERINGATAN INI
REMINDER INI
untuk diri saya sendiri dan juga anda




credit to ayie paradigm

Sunday, 3 August 2014

OMG! - INDONESIA AKAN MENJADI NEGARA KRISTIAN MENJELANG 2035

Korang tau tak? Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam. Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.


Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.

Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).

Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.

Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.

Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.

Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.

Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’.

Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.

Kempen ‘Save Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.

Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.

Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.

Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.

Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.

Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.

Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.

Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu, sila layari http://savemaryam.com/ dan http://www.mercymissionworld.org/ atau Twitter https://twitter.com/savemaryam  dan Facebook http://www.facebook.com/whoismaryam


Kredit sahabat di TAOTAUAJER











TAUTAK? - INILAH SEBAB KENAPA BOMBA LETAK PITA PELEKAT DI RETAKAN JALAN IMBI

Pasti ramai yang tak tau apakah tujuan sebenar bomba meletekkan pita pelekat pada jalan yang mengalami keretakan itu.




Gambar 2 anggota sedang melekatkan kesan retakan di Jalan Imbi dengan selotep menjadi viral di Facebook dan Twitter. Gambar berkenaan turut dikongsikan oleh Facebook Page Kongsi Video yang mempersendakan tindakan dua anggota terbabit.

Namun, tindakan mereka meletakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA.

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan.

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum memberi komen yang berunsurkan GURAUAN.

SUMBER:  Jabatan Bomba &a Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)


Kredit sahabat di TAOTAUAJER